top of page

Tip-Tip Berguna Untuk Memohon Pembiayaan Peribadi Kerajaan


Tip-Tip Berguna Untuk Memohon Pembiayaan Peribadi Kerajaan

Adakah anda seorang kakitangan kerajaan dan bercadang untuk memohon pembiayaan pembiayaan peribadi? Dalam hal ini, pembiayaan peribadi khusus buat penjawat awam ialah pilihan terbaik untuk anda. Jika anda bekerja dengan kerajaan Persekutuan dan Negeri, permohonan anda berkemungkinan besar akan diluluskan.


Terdapat pelbagai pembiayaan peribadi kerajaan yang ditawarkan di pasaran, sama ada yang ditawarkan oleh bank mahupun koperasi.


Seperti pembiayaan-pembiayaan lain, pembiayaan peribadi kerajaan mempunyai ciri yang sama seperti kadar faedah/keuntungan yang kompetitif, pembayaran balik yang fleksibel, dan jumlah pembiayaan yang tinggi.


Apakah kelebihan-kelebihan utama pembiayaan peribadi kerajaan?


Antara beberapa kelebihan utama yang ada pada pembiayaan peribadi kerajaan yang tidak terdapat pada pinjaman lain ialah:


  • Pemohon berpendapatan rendah juga layak memohon

    • Walaupun anda berpendapatan rendah (biasanya di antara RM800 – RM1,600 sebulan), anda tetap layak untuk memohon pembiayaan peribadi kerajaan. Namun kriteria pendapatan ialah berbeza di antara bank atau kredit komuniti, jadi sebaiknya anda mohon pembiayaan yang bersesuaian dengan gaji anda.

  • Kadar faedah/keuntungan yang tetap dan lebih rendah

    • Pembiayaan peribadi kerajaan menawarkan kadar faedah/keuntungan yang tetap dan lebih rendah ke atas jumlah pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan anda. Ini kerana penjawat awam perlu membayar balik ansuran bulanan melalui potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa. Ini memudahkan lagi anda untuk menguruskan kewangan peribadi anda dan menetapkan bajet bulanan.

  • Pelbagai pilihan pembiayaan mampu milik

    • Mampu milik dalam hal ini bermaksud anda tidak akan begitu terbeban dengan kadar faedah/keuntungan dan ansuran bulanan yang lebih tinggi seperti pembiayaan konvensional, selain pembiayaan yang mesra golongan berpendapatan rendah.

  • Tiada penjamin diperlukan

    • Anda tak perlu bersusah-payah dalam mencari penjamin dengan keadaan kewangan yang kukuh dan sempurna untuk menerima pembiayaan.

  • Tempoh pembiayaan yang panjang sehingga 10 tahun

    • Jika anda memerlukan pembiayaan dalam jumlah yang besar, tempoh pembiayaan yang lama biasanya mengurangkan bebanan anda dalam membayar ansuran bulanan.

  • Yuran pemprosesan dan duti setem yang percuma atau murah

    • Terdapat beberapa bank/koperasi yang tidak mengenakan sebarang yuran dan duti setem. Bagi pembiayaan yang mengenakan yuran pemprosesan dan duti setem, biasanya ia berjumlah RM10 (yuran pemprosesan) dan 0.5% ke atas jumlah pembiayaan (duti setem).

Jika anda memerlukan pembiayaan peribadi dan merupakan seorang penjawat awam, ikuti beberapa tip berguna ini agar permohonan pembiayaan anda lebih mudah diluluskan:

  • Pastikan anda tiada tunggakan hutang, disenaraihitamkan, atau muflis

    • Tunggakan hutang mengurangkan keyakinan pihak pemberi pinjaman kerana ia jelas menunjukkan bahawa anda seorang yang tidak mampu menguruskan hutang-hutang dengan cekap, dan berkemungkinan anda akan menghadapi masalah dalam membuat pembayaran balik. Dalam hal ini, pastikan anda uruskan segala tunggakan hutang yang ada, dan satukan kesemuanya (debt consolidation) agar memudahkan dan mengurangkan bebanan hutang yang ada. Pastikan juga anda tidak disenaraihitamkan atau muflis.

  • Pastikan anda benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan

    • Mana-mana pemohon pembiayaan haruslah mengukur baju di badan sendiri agar tidak susah di kemudian hari. Jika jumlah pembiayaan yang anda inginkan adalah besar namun gaji bulanan anda rendah, kemungkinan besar anda tidak layak. Jika permohonan anda diluluskan sekalipun, anda bakal menghadapi kesukaran dalam membuat pembayaran balik nanti.

  • Pastikan dokumen-dokumen yang diperlukan lengkap

    • Dalam mana-mana permohonan pembiayaan peribadi kerajaan, anda perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan untuk bank memproses dan meluluskan permohonan anda supaya anda boleh menerima dana anda dalam masa yang singkat. Berikut adalah antara dokumen utama yang sering diperlukan oleh bank/koperasi untuk permohonan pembiayaan peribadi kerajaan:

      • Kad pengenalan / pasport

      • Slip gaji 1 hingga 3 bulan terkini

      • Surat Pengesahan daripada Majikan

      • Penyata bank dari akaun pengkreditan gaji

      • Dokumen sokongan lain mungkin diperlukan

  • Semak laporan kredit CCRIS dan CTOS anda terlebih dahulu

    • Agar permohonan anda tidak ditolak mentah-mentah, sebaiknya anda membuat semakan bagi laporan kredit CCRIS dan CTOS anda terlebih dahulu. Jika skor kredit anda tinggi, ia meningkatkan lagi peluang permohonan anda untuk diluluskan. Jika skor kredit anda kurang memuaskan, cuba usaha untuk tingkatkan skor dahulu dan tunggu sekurang-kurangnya 6 bulan hingga setahun sebelum memohon semula.


Sebelum anda memohon pembiayaan peribadi kerajaan secara dalam talian dengan mudah dan pantas seperti di platform Assidq.com, pastikan anda buat perbandingan bagi semua kadar faedah/keuntungan, kriteria pendapatan bulanan/tahunan, dan faedah-faedah yang ditawarkan yang terbaik untuk situasi kewangan anda.


Dapatkan pembiayaan peribadi yang mudah dan cepat untuk penjawat awam di sini!


As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).


Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk- produk yang anda layak memohon.


Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.


Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran. Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Kredit Komuniti Juara adalah sebuah pembiayaan patuh Syariah khusus buat penjawat awam. Pendapatan minima untuk memohon hanya RM2,000 sebulan (termasuk elaun). Selain proses yang mudah dan cepat, Pembiayaan Peribadi-I Kredit Komuniti Juara adalah patuh syariah dan anda tidak perlu ragu-ragu untuk memohon pembiayaan ini.


Mohon segera disini!


170 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page