top of page

Pendapatan Tidak Tetap? Berikut 3 Sebab Pembiayaan Islam Adalah Pilihan Terbaik Buat Anda


Pendapatan Tidak Tetap? Berikut 3 Sebab Pembiayaan Islam Adalah Pilihan Terbaik Buat Anda

Golongan yang mempunyai pendapatan tidak tetap mempunyai risiko dan keperluan kewangan yang tersendiri. Lantaran itu, berikut adalah beberapa sebab mengapa pembiayaan Islam merupakan pilihan terbaik buat anda!


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ekonomi gig telah menyaksikan peningkatan mendadak. Trend ini telah dipercepatkan lagi oleh pandemik dan normal baharu. Malah, sesetengah pemimpin industri percaya bahawa menjelang 2030, separuh daripada tenaga kerja dan bekalan bakat akan menjadi pekerja gig!


Dari sudut pendapatan, para pekerja gig secara umumnya adalah sama dengan mereka yang berniaga atau bekerja sendiri -- mereka berpendapatan tidak tetap. Antara mereka yang masuk kategori ini termasuk mereka yang mempunyai pekerjaan seperti berikut:


Peniaga kecil dan pemborong (termasuk perniagaan dalam talian)

  • Pekerja ekonomi gig (seperti Grab, Foodpanda, Lalamove)

  • Pekerja freelance seperti jurugambar, pereka grafik, penulis, dan lain-lain

  • Pemuzik

  • Sebarang pekerjaan yang tidak makan gaji


Proses memohon pinjaman kewangan juga adalah berbeza berbanding mereka yang makan gaji. Proses yang perlu dilalui secara perbandingannya adalah lebih panjang dan lebih banyak dokumen yang perlu disediakan.


Namun dari sudut pilihan yang ada buat mereka yang berpendapatan tidak tetap, pembiayaan kewangan Islam mungkin lebih menguntungkan berbanding pinjaman konvensional. Ingin tahu mengapa? Lihat 3 sebab yang berikut:


Amaun bayaran tetap -- mudah untuk membuat belanjawan


Mengikut pembiayaan Islam, jumlah maksimum yang perlu dibayar oleh pelanggan sudah dipersetujui lebih awal. Maka, amaun bayaran adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan.


Ini berbeza dengan pinjaman konvensional. Amaun bayaran akan berubah mengikut perubahan Kadar Pinjaman Asas (BLR – Base Lending Rate). Ini merupakan kadar faedah minimum yang dikira oleh institusi-institusi perbankan. Ia berdasarkan formula yang mengambil kira kos perbelanjaan institusi-institusi dan caj-caj pentadbiran lain.


Bagi mereka yang berpendapatan tidak tetap, adakalanya wang yang anda terima bagi sesuatu bulan adalah rendah berbanding biasa. Sekiranya bayaran pinjaman pada bulan tersebut menjadi lebih tinggi akibat daripada perubahan BLR, maka ini akan menambahkan beban kewangan mereka pada bulan tersebut.


Apabila jumlah bayaran adalah jelas dan tetap seperti yang terdapat pada pembiayaan Islam, maka adalah lebih mudah untuk anda membuat belanjawan lebih awal.


Caj bayaran lewat rendah -- sesuai untuk pendapatan yang tidak menentu


Seperti yang dinyatakan di atas, bagi mereka yang bekerja sendiri, pendapatan yang diterima adalah tidak menentu. Adakalanya pendapatan yang diterima bagi sesuatu bulan adalah lebih rendah berbanding biasa. Bukan itu sahaja, tarikh mereka menerima pendapatan juga tidak menentu dan ada kalanya agak lewat sedikit.


Sistem pinjaman konvensional mengamalkan konsep faedah kompaun, iaitu faedah ke atas faedah. Sekiranya pendapatan yang diterima oleh mereka yang bekerja sendiri ini adalah rendah untuk beberapa bulan berturut-turut atau tarikh menerima pendapatan adalah lewat, maka caj bayaran lewat bagi pinjaman konvensional ini akan meningkat lebih tinggi lagi.


Ini berbeza dengan pembiayaan Islam, caj bayaran lewat dikenakan sebagai bayaran kos rugi yang dihadapi oleh pembiaya akibat pelanggan tidak membayar hutangnya dalam waktu yang ditetapkan. Caj yang dikenakan hanyalah kepada baki amaun pembiayaan.


Berikut adalah contoh perbezaan di antara kedua sistem tersebut. Sekiranya jumlah pinjaman adalah RM100,000 manakala caj lewat adalah 3%, pengiraan adalah seperti berikut:



Pendapatan Tidak Tetap? Berikut 3 Sebab Pembiayaan Islam Adalah Pilihan Terbaik Buat Anda

Rebat penyelesaian awal -- boleh manfaatkan rezeki lebihan


Adakalanya bagi mereka yang berpendapatan tidak tetap, anda mendapat rezeki berlebihan dan mampu menyelesaikan pinjaman anda lebih awal. Anda tidak perlu berhutang lebih lama dan seterusnya membayar faedah yang lebih banyak.


Kebanyakan pembiayaan Islam memberikan rebat sekiranya pelanggan melangsaikan keseluruhan pembiayaan dalam tempoh yang lebih awal. Rebat ini dikenali sebagai “ibra” dan bergantung kepada syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak pembiayaan.


Di dalam pinjaman konvensional, bayaran penalti biasanya dikenakan terhadap peminjam sekiranya penyelesaian awal di dalam tempoh terkunci (lock-in period) dilakukan. Pihak bank secara lazimnya akan kenakan caj penalti antara 2% hingga 3% (dari jumlah pinjaman asal) jika anda berjaya melangsaikan keseluruhan baki pinjaman anda seawal tahun kedua atau ketiga pinjaman. 


Sebagai contoh, anda mempunyai pinjaman berjumlah RM500,000 dan caj penalti bagi penyelesaian awal pula adalah pada kadar 3%. Maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah: RM500,000 x 3% = RM15,000.


Bekerja sendiri? Dapatkan pembiayaan kewangan Islam dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!


As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT). 


Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.


Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.


Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!



58 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page