Sebelum anda bersetuju untuk menjadi penjamin pinjaman, pastikan anda ketahui risiko yang ada terlebih dahulu!
Adakah anda pernah diminta oleh ahli keluarga atau rakan untuk menjadi penjamin bagi pinjaman kewangan mereka? Walaupun kini terdapat pelbagai tawaran pinjaman yang tidak memerlukan penjamin, hal sebegini masih wujud, terutamanya apabila pemohon pinjaman kewangan tersebut tidak berpendapatan tetap atau kukuh. Bagaimanapun, sebelum anda bersetuju untuk menjadi penjamin, ketahuilah terlebih dahulu risiko-risiko yang terlibat.
Apakah maksud penjamin?
Penjamin bermaksud memberi jaminan kepada peminjam bahawa sesebuah pinjaman atau
pembiayaan akan dibayar. Sekiranya seorang peminjam gagal membayar atau memenuhi tuntutan pinjaman mereka, maka penjamin adalah orang yang akan bertanggungjawab untuk melangsaikan baki pembayaran pinjaman tersebut.
Terdapat dua kategori penjamin, iaitu:
Penjamin sosial
Mereka memberi jaminan dalam keadaan yang bukan bertujuan untuk keuntungan atau
komersial. Contoh adalah menolong ahli keluarga sendiri atau rakan mereka bagi membeli
kereta, rumah, atau biasiswa tanpa mempunyai kepentingan kewangan atau atas tujuan
keuntungan.
Penjamin bukan sosial
Juga dikenali sebagai penjamin biasa. Mereka memberikan jaminan untuk pinjaman seperti
pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman komersial.
Syarat-syarat menjadi penjamin pinjaman dan apa tanggungan anda?
Sebelum seseorang memutuskan untuk menjadi penjamin, adalah penting untuk memahami
syarat-syarat dan tanggungjawab yang terlibat. Setiap institusi kewangan mempunyai keperluan mereka sendiri, tetapi secara amnya, berikut adalah kelayakan yang diperlukan:
Berumur 18 tahun ke atas;
Tidak berstatus muflis;
Mempunyai keupayaan mental untuk memahami dokumen jaminan yang berkaitan; dan
Terima jadi penjamin tanpa sebarang tekanan.
Apabila anda menjadi seorang penjamin, anda terikat dengan kontrak yang sah. Kontrak ini
menyatakan tanggungjawab anda untuk membayar hutang sekiranya peminjam gagal membuat bayaran.
Had tanggungan seorang penjamin adalah sama dengan peminjam, iaitu dari segi jumlah wang
yang harus ditanggung oleh penjamin di bawah perjanjian pinjaman.
Sudah menjadi penjamin? Apakah risiko yang bakal dihadapi jika gagal membayar balik pinjaman?
Sekiranya anda diminta untuk menjadi penjamin, beban kewangan dan risiko yang terlibat adalah berat. Oleh itu, anda mestilah berhati-hati dan membuat penilaian dan pertimbangan yang secukupnya.
Di antara risiko sebagai seorang penjamin yang perlu anda hadapi adalah:
Skor kredit anda rosak
Skor kredit adalah satu sistem pemarkahan yang menentukan kesihatan kredit (kewangan) anda. Ia menilai sejarah kewangan anda dan memaklumkan kepada institusi kewangan kemampuan anda untuk membayar balik sebarang pembiayaan.
Sekiranya peminjam gagal membuat bayaran, institusi kewangan akan mencari penjamin untuk
menjelaskan hutang bagi pihak peminjam. Jika penjamin tidak mampu untuk membayar balik hutang peminjam, skor kredit penjamin akan berisiko untuk terjejas.
Anda sukar untuk mendapatkan pembiayaan untuk diri sendiri
Kesan daripada institusi kewangan menggunakan skor kredit untuk menilai kemampuan anda
untuk membayar sebuah pinjaman.
Apabila skor kredit anda terjejas, anda mungkin sukar untuk membuat pinjamin pada masa akan datang.
Harta anda boleh disita
Harta atau aset penjamin juga boleh disita apabila pembayaran gagal dilakukan. Pihak Jabatan
Insolvensi akan menyita harta yang anda ada untuk membayar balik hutang tersebut.
Anda boleh diisytihar muflis
Risiko terbesar bagi seorang penjamin adalah menjadi muflis. Hal ini kerana sekiranya kedua-dua pihak (penjamin dan peminjam) tidak dapat melunaskan hutang tersebut.
Kebiasaannya, status muflis diisytiharkan oleh Jabatan Insolvensi apabila seseorang melalui tiga perkara berikut:
Tidak mampu membayar hutang yang berjumlah RM100,000 ke atas;
Hutang tersebut tidak dibayar selama enam bulan berturut-turut; dan
Bermastautin di Malaysia untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun semasa berhutang.
Tidak bebas ke luar negara
Sekiranya peminjam gagal membayar hutang, anda sebagai penjamin perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Insolvensi atau pun mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu sekiranya mahu ke luar negara.
Kerjaya tersekat
Kerjaya anda juga mungkin akan tersekat dan menghadapi kesukaran. Mengikut Jabatan Insolvensi Malaysia, apabila muflis, anda hilang kelayakan berikut:
Memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri;
Memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan);
Memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi;
Mengamalkan profesion tertentu;
Menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongsian atau menubuhkan syarikat; dan
Bekerja dalam perniagaan saudara.
Fikir dahulu sebelum menjadi penjamin!
Seperti yang dapat dilihat, menjadi penjamin mempunyai banyak risiko sekiranya peminjam gagal membayar balik. Dengan situasi sekarang di mana terdapat banyak tawaran pinjaman yang tidak memerlukan penjamin, mengapakah peminjam memilih pinjaman yang memerlukan penjamin?
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) adalah pinjaman yang tidak memerlukan penjamin!
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) adalah sebuah
pembiayaan patuh Syariah khusus buat pekerja berstatus tetap (atau kontrak KEMAS) kerajaan
persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajaan/badan berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon hanya RM1,500 sebulan (termasuk elaun).
Selain kelulusan yang mudah dan cepat, Pembiayaan Peribadi-i YYP mempunyai ciri-ciri berikut:
Jumlah pembiayaan: RM3,000 – RM300,000
Tempoh pembiayaan: 1 - 10 tahun
Kadar keuntungan Tetap: 6.65% - 9.99% setahun
Konsep Syariah yang diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
Proses sepantas 24 jam
Tiada yuran guaman
Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang diperlukan juga
adalah mudah iaitu:
Salinan kad pengenalan
Salinan slip gaji 3 bulan terkini
Surat pengesahan jawatan
Salinan penyata/buku akaun simpanan
Dapatkan pembiayaan peribadi yang mudah dan cepat untuk penjawat awam di sini!
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat
permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi
kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yangdiiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk- produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini.
Commentaires