Muflis adalah istilah kewangan yang merujuk kepada proses di mana seorang penghutang akan diisytiharkan muflis kerana tidak mampu membayar balik hutang-hutang yang dimilikinya.
Syarat-syarat Muflis
Terdapat beberapa kriteria yang akan menyebabkan individu diisytiharkan muflis iaitu:
Tidak mampu melangsaikan hutang melebihi jumlah RM100,000
Gagal membayar ansuran hutang tersebut selama enam bulan berturut-turut
Bagaimana anda dimufliskan?
Di Malaysia, anda hanya boleh diisytiharkan muflis dengan perintah mahkamah. Terdapat dua kaedah di mana perintah Mahkamah Tinggi boleh diberikan iaitu:
Permohonan pemiutang (petisyen pemiutang) untuk mufliskan penghutang.
Permohonan sendiri secara sukarela mendapatkan perintah mahkamah untuk dijadikan muflis melalui petisyen penghutang.
Semua harta tidak bercagar dimiliki oleh individu muflis akan jatuh kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) dan KPI mempunyai tanggungjawab untuk menghasilkan semua aset tersebut. Hasil jualan akan diagihkan kepada pemiutang yang telah memfailkan bukti hutang mereka dan hutang yang telah diakui oleh KPI sendiri.
Sebaik sahaja perintah muflis dibuat oleh mahkamah, KPI dengan serta-merta akan menjadi pentadbir harta pusaka milik individu muflis dan beliau akan memantau dan menyelia kelakuan individu muflis sehingga individu tersebut bebas daripada status muflisnya.
Kesan Muflis
Apa yang berlaku jika anda diisytiharkan muflis? Antaranya termasuklah:
Semua aset persendirian anda, seperti rumah, kereta dan aset lain akan diletakkan di bawah pentadbiran dan pengawasan KPI untuk dijual bagi membayar jumlah yang terhutang kepada pemiutang anda;
Akaun bank anda akan dibekukan dan had kredit tidak melebihi RM1,000 akan dikenakan kepada individu muflis;
Individu muflis tidak dibenarkan melancong ke luar negara tanpa kebenaran bertulis daripada KPI;
Individu muflis tidak dibenarkan bekerja dalam bidang tertentu, seperti perbankan, perakaunan dan perubatan; dan
Anda akan disenarai hitamkan daripada mengendalikan atau menjalankan perniagaan anda sendiri.
Cara Mengelakkan Muflis
Berikut adalah tiga cara yang dianjurkan untuk mengelakkan jatuh muflis:
Dapatkan bantuan professional
Anda boleh dapatkan bantuan profesional untuk menyelesaikan masalah kewangan. Tidak semua orang mahir dalam hal kewangan, tetapi penting untuk menguruskan kewangan peribadi dengan bijak. Jangan terlalu santai dalam menguruskan kewangan anda, kerana ini boleh membawa kepada masalah seperti hutang dan penipuan pinjaman tidak sah.
Jika menguruskan kewangan dan hutang-piutang sangat mengelirukan untuk anda, jangan malu untuk mendapatkan nasihat daripada pakar atau penasihat kewangan.
Anda boleh berbincang dengan pegawai bank untuk mencari cara terbaik untuk membayar pinjaman anda jika sedang menghadapi kesusahan kewangan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan nasihat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), yang menyediakan perkhidmatan kaunseling secara percuma bagi membantu individu yang menghadapi kesulitan membayar hutang mereka.
Berdisiplin dalam setiap pembayaran bulanan
Menurut AKPK, kebanyakan individu yang terbeban dengan hutang sering enggan mengakui bahawa mereka mempunyai masalah hutang. Ini menyebabkan beban hutang mereka terus meningkat sehingga mencapai tahap di mana mereka menghadapi kesulitan untuk membayar berbagai pinjaman secara serentak.
Untuk menghindari terjebak dalam beban hutang yang tidak terkawal, kunci utama adalah berdisiplin dalam membuat pembayaran anda. Pastikan setiap hutang dibayar pada tarikh yang ditetapkan setiap bulan. Buat pembayaran secara automatik secara bulanan agar anda tidak ketinggalan dalam sebarang pembayaran.
Hal ini sangat penting, terutama dalam konteks kad kredit, di mana yuran faedah lewat boleh mencapai 18% apabila pembayaran dilakukan melewati tarikh yang ditetapkan oleh bank.
Penting untuk menyedari bahawa pembayaran minimum pada kad kredit cenderung hanya mengkompaun faedah, bukan mengurangkan pokok hutang. Oleh itu, pengurusan yang teliti adalah kunci untuk mengelakkan penambahan faedah yang signifikan dalam tempoh masa tertentu.
Selain daripada impak faedah, yuran lewat ini juga boleh menjejaskan skor kredit anda dan boleh menjadi masalah apabila anda memerlukan pinjaman dari bank kerana mereka mungkin akan menolak permohonan anda jika anda mempunyai skor kredit yang rendah.
Mengekalkan konsistensi dalam pembayaran pinjaman anda memastikan anda mempunyai skor kredit yang baik dan membantu anda mengurus aliran tunai anda dengan lebih cermat.
Berbelanja secara berhemah
Kita harus tahu had dan kemampuan kita apabila berbelanja. Jika anda ingin membuat berbelanja, pastikan perbelanjaan tidak melangkaui pendapatan yang anda mampu.
Hadkan penggunaan kad kredit tidak kira untuk pembelian produk atau servis, terutamanya dalam membeli barangan yang kurang penting. Selain kad kredit, anda juga perlu berwaspada dengan kaedah pembayaran “beli sekarang, bayar kemudian” atau Buy Now Pay Later (BNPL).
Ini kerana ia datang dengan kadar faedah yang tinggi. Jika anda tidak mempunyai disiplin untuk membayar balik tepat pada masanya, ia akan meningkatkan lagi bebanan hutang.
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP): Pembiayaan patuh Syariah untuk anda!
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) adalah sebuah pembiayaan patuh Syariah khusus buat pekerja tetap (atau kontrak KEMAS) kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajaan/badan berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon hanya RM1,500 sebulan (termasuk elaun).
Selain kelulusan yang mudah dan cepat, Pembiayaan Peribadi-i YYP mempunyai ciri-ciri berikut:
Jumlah pembiayaan: RM3,000 – RM300,000
Tempoh pembiayaan: 1 - 10 tahun
Kadar keuntungan Tetap: 6.65% - 9.99% setahun
Konsep Syariah yang diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
Proses sepantas 24 jam
Tiada yuran guaman
Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang diperlukan juga adalah mudah iaitu:
Salinan kad pengenalan
Salinan slip gaji 3 bulan terkini
Surat pengesahan jawatan
Salinan penyata/buku akaun simpanan
Berita baik! Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) sedang melancarkan Kempen “Mohon Bersama Rezeki Berganda” dari 1 September 2023 hingga 31 Disember 2023. Anda berpeluang menangi pelbagai hadiah menarik seperti 2 tiket Pakej Umrah, iPhone 14, Dyson Vacuum V8 dan lain-lain.
Dapatkan pembiayaan peribadi yang mudah dan cepat untuk penjawat awam di sini!
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini.
Comments