top of page

Untung Ke Bayar Secara Tunai?


tunai

Kita sudah memasuki tahun 2023 dan terdapat pelbagai pilihan untuk membuat pembayaran selain daripada menggunakan wang tunai. Timbul persoalan, untung ke bayar secara tunai?


Secara tradisinya, ungkapan “poket tebal’ atau “dompet tebal” dikaitkan dengan status kemewahan. Ini kerana orang yang mendapat geleran tersebut membawa wang tunai yang banyak dan ini mengakibatkan poket atau dompetnya tebal.


Namun begitu, kita sudah berada pada tahun 2023 dan Malaysia sudah semakin menganjak kepada masyarakat tanpa tunai. Pembelian dan pembayaran kini sudah tidak memerlukan wang tunai fizikal ataupun “cash’. Maka timbul persoalan, untung ke bayar secara tunai?


Apa itu masyarakat tanpa tunai?


Konsep tanpa tunai (cashless) mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan mata wang tunai seperti duit kertas dan syiling. Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa semua pembayaran kepada sebarang perkhidmatan kerajaan akan ditukar kepada tanpa tunai. Ini bermakna tiada lagi transaksi menggunakan wang tunai bagi tujuan tersebut.


Sebenarnya, ini tidaklah mengejutkan. Setakat akhir 2020, 60 peratus jumlah kutipan oleh kerajaan adalah menerusi e-pembayaran. Malahan, banyak negara luar juga sudah ke hadapan dalam mewujudkan masyarakat tanpa tunai. Sekiranya dahulu, mata wang menggantikan sistem barter dalam sistem jual beli. Tetapi kini, evolusi kewangan diteruskan dengan transaksi tanpa tunai!


Negara-negara lain juga menggunakan konsep yang sama. Sweden, misalnya, adalah antara negara peneraju utama konsep tanpa tunai dan pembayaran secara elektronik. Malahan, penggunaan wang tunai di sini sudah berkurangan ke tahap tiga peratus sahaja dan kebanyakan bank di sana tidak lagi menyimpan wang tunai di premis mereka.


Satu lagi negara yang terletak di Semenanjung Scandinavia, Norway, juga sudah maju kehadapan dengan mengamalkan konsep tanpa tunai. Di sini, makanan di tepi jalan dan surat khabar juga boleh dibeli secara perbankan mudah alih. Tidak cukup dengan itu, beberapa buah bank di Norway sudah berhenti daripada mengedarkan wang tunai kepada orang ramai.


Kerajaan Belgium pula mengenakan had pembayaran wang tunai sebanyak 3,000 Euro (RM15,036) sahaja. Ini mengakibatkan 93 peratus penduduknya memilih untuk melakukan transaksi tanpa tunai. Kebanyakan transaksi elektronik di sini menggunakan aplikasi mudah alih, Sixdots, di samping juga penggunaan kad debit.


Apa pilihan pembayaran selain secara tunai?


Kini, terdapat banyak pilihan untuk anda melakukan pembayaran tanpa tunai. Ini termasuklah:

  • Kad kredit/debit

  • Pemindahan dalam talian (online transfer) dan perbankan internet

  • eDompet

  • BNPL -- singkatan kepada ‘Buy now, pay later’ yang bermaksud ‘beli sekarang, bayar kemudian’. Ia merupakan kaedah pembiayaan yang tidak memerlukan pembeli untuk membuat pembayaran secara sekaligus. Secara mudahnya ia adalah kaedah pembayaran ansuran yang tidak melibatkan sebarang cas faedah atau kos tambahan

Apa kelebihan buat pembayaran tanpa tunai?


Apabila anda tidak lagi membuat pembayaran secara cash, kelebihan berikut dapat dijana:

  1. Kadar jenayah yang lebih rendah -- Tanpa wang tunai fizikal, jenayah seperti kecurian dan rompakan akan berkurangan. Sweden, sebagai contoh, mencatatakan angka rompakan bank berkurangan daripada 110 kes pada tahun 2008 kepada hanya 16 rompakan pada tahun 2011.

  2. Operasi perniagaan yang lebih mudah dan kos yang lebih rendah -- Wang tunai perlu dikira dan disimpan oleh peniaga dan selepas itu perlu dipindahkan ke dalam akaun bank. Konsep tanpa tunai tidak memerlukan kaedah ini.

  3. Tidak perlu bawa wang dan tiada masalah ‘wang kecil’ -- Pelanggan tidak perlu membawa wang tunai dan juga tidak perlu beratur panjang di mesin ATM. Pelanggan dan peniaga juga tidak perlu menyediakan ‘wang kecil’ kerana transaksi dilakukan secara digital.

  4. Lebih banyak pembelian produk berharga tinggi -- Ini menguntungkan kedua-dua pembeli dan penjual. Kebanyakkan pelanggan tidak mampu membuat pembelian besar kerana tidak mempunyai jumlah wang yang cukup pada masa pembelian. Bagaimanapun, kaedah seperti BNPL membolehkan pembelian ini berlaku kerana memecahkan jumlah harga kepada ansuran bulanan tanpa faedah.

  5. Mengurangkan rasuah dan kegiatan cuci wang -- Transaksi tanpa tunai mengurangkan titik pertemuan secara langsung antara orang awam dan pegawai kerajaan. Ia juga mudah diaudit dan pergerakan wang mudah untuk dijejak kerana mempunyai rekod digital.

  6. Pertukaran wang yang lebih tepat dan mudah -- Anda tidak perlu menggunakan perkhidmatan pengurup wang.

  7. Mudah melakukan belanjawan -- Semua rekod sudah tersedia secara digital.

Mahu dipadankan dengan pembiayaan kewangan Islam yang sesuai dengan keperluan anda?


Memang diakui, ramai yang takut untuk memohon pembiayaan kewangan pada waktu kemelesetan ekonomi sebegini. Tetapi sebenarnya, pembiayaan kewangan dengan kadar keuntungan (bersamaan dengan faedah dalam pinjamanan kewangan konvensional) yang rendah adalah lebih menguntungkan.


Pembiayaan kewangan baru yang ditawarkan As-Sidq mempunyai kadar keuntungan yang lebih rendah dan anda boleh menggunakan sebahagian darinya untuk melangsaikan hutang yang sedia ada. Dengan kaedah penyatuaan hutang ini, anda akan membayar balik jumlah yang sama dengan hutang yang terdahulu tetapi dengan satu kadar faedah yang rendah.


Baki pembiayaan kewangan ini anda boleh gunakan untuk membiayai perbelanjaan lain, membuat pelaburan, ataupun sebagai modal perniagaan.


As-Sidq adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islam. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.


Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.







41 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page