top of page

Persediaan Kewangan Untuk Peristiwa Penting Dalam Kehidupan


Persediaan Kewangan Untuk Peristiwa Penting Dalam Kehidupan

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang penuh dengan peristiwa penting yang memerlukan perancangan dan persediaan yang teliti. Salah satu elemen paling penting untuk memastikan kestabilan dan kejayaan dalam hidup ialah persediaan kewangan yang kukuh.


Artikel ini akan menjelaskan beberapa kepentingan dan tips yang berguna bagi merancang kewangan untuk masa depan anda.


  1. Pendidikan

    1. Merancang kewangan untuk pendidikan adalah salah satu komitmen paling berharga yang boleh anda lakukan, sama ada untuk diri sendiri atau anak-anak. Berikut adalah beberapa tips persediaan kewangan untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti tanpa membebankan diri yang boleh anda amalkan:

      1. Simpanan awal: Lebih awal anda mula menyimpan untuk pendidikan, tempoh untuk anda mendapatkan faedah adalah lebih banyak dan akan menyebabkan wang anda lebih bertambah.

        1. Buka Akaun SSPN: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di Malaysia menawarkan pelan simpanan berfaedah khas yang direka khusus untuk perbelanjaan pendidikan. Dengan membuka akaun SSPN, anda boleh menikmati pelbagai faedah seperti pelepasan cukai, geran sepadan dan kadar faedah yang kompetitif.

        2. Autodebit: Membuat autodebit ke akaun simpanan pendidikan dapat membantu anda konsisten untuk mencapai matlamat simpanan anda. Cara ini dapat memastikan anda sentiasa berdisiplin dalam menyimpan untuk dana pendidikan.

      2. Pinjaman pendidikan: Pertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan dengan syarat yang mudah dan kadar faedah yang lebih rendah untuk membantu menampung yuran pengajian dan kos lain, seperti memohon kemudahan pinjaman pendidikan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya anda mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Selain itu, anda juga boleh selidik dan kenal pasti biasiswa atau geran yang sepadan dengan pencapaian akademik anda.

      3. Celik belanjawan: Celik belanjawan adalah penting bagi menguruskan perbelanjaan pendidikan. Mulakan dengan menganggarkan jumlah perbelanjaan pendidikan yang diperlukan, termasuk yuran pengajian, penginapan, buku dan kos sara hidup. Anda boleh membuat belanjawan secara terperinci dengan menggunakan anggaran perbelanjaan yang anda kira.

  2. Perkahwinan Dan Peralihan Kerjaya/Persaraan

    1. Memasuki alam perkahwinan memerlukan persediaan kewangan yang teliti untuk memastikan kestabilan kewangan keluarga. Perancangan yang baik penting untuk menghadapi peralihan kerjaya seperti memulakan perniagaan, kehilangan pekerjaan atau persaraan. Berikut ialah beberapa petua penting yang anda dapat ikuti:

      1. Buat Belanjawan Bersama: Mulakan dengan menyenaraikan semua sumber pendapatan dan mengkategorikan perbelanjaan anda, seperti kos bersalin (termasuk pemeriksaan berkala, vitamin dan ujian perubatan semasa kehamilan), kos penjagaan kanak-kanak (seperti pusat jagaan dan pengasuh), kos keperluan harian (peralatan elektrik dan perabot yang diperlukan untuk kehidupan seharian) dan kos lain lain. Senaraikan jumlah kos yang perlu digunakan bagi perbelanjaan diri sendiri dan keluarga.

      2. Bincangkan Tabiat Kewangan: Bincangkan tabiat kewangan bersama pasangan anda bagi memahami cara perbelanjaan dan simpanan pasangan anda. Memahami tabiat kewangan pasangan anda dapat mengelakkan konflik dan salah faham. Tindakan ini juga dapat membina kepercayaan terhadap pasangan masing-masing.

      3. Dana Kecemasan: Menyimpan dana kecemasan adalah penting untuk kestabilan kewangan. Untuk perkahwinan, semak polisi insurans untuk keluarga anda. Perlindungan insurans yang mencukupi dapat memastikan anda bersedia untuk sebarang kecemasan perubatan dan boleh memberikan penjagaan terbaik untuk keluarga anda tanpa tekanan kewangan. Selain itu, sebelum melakukan peralihan kerjaya, pastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hidup sekurang-kurangnya 3-6 bulan. Simpanan ini membolehkan anda menampung perbelanjaan penting seperti sewa, komitmen yang perlu dibayar, utiliti, barangan runcit dan pengangkutan semasa anda mencari pekerjaan baharu.

      4. Perancangan Persaraan: Simpanan untuk persaraan adalah penting bagi menjamin masa depan anda. Selain caruman daripada majikan, anda perlu meningkatkan jumlah simpanan anda apabila anda menerima kenaikan atau bonus. Anda juga boleh melakukan autodebit dari gaji ke akaun persaraan anda. Simpanan secara konsisten akan dapat menambah jumlah simpanan persaraan dengan faedah yang diperolehi. Selain mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), terokai pilihan simpanan persaraan lain seperti Skim Persaraan Swasta (PRS) atau pelan anuiti yang menawarkan insentif cukai dan fleksibiliti.

  3. Pembelian Utama (Seperti Kereta, Rumah, Perkakas Rumah, dll.)

    1. Membuat belanjawan untuk aset memerlukan perancangan yang teliti untuk mengelakkan masalah kewangan. Berikut ialah beberapa petua untuk membantu anda merancang kos pembelian utama:

      1. Simpan untuk bayaran pendahuluan: Mulakan simpanan awal dan sasarkan untuk melakukan pembayaran pendahuluan yang banyak. Di Malaysia, kebanyakan bank memerlukan pembayaran pendahuluan sekurang-kurangnya 10% daripada harga pembelian hartanah. Bayaran muka yang lebih besar bukan sahaja mengurangkan jumlah pinjaman anda tetapi juga dapat mengurangkan pembayaran bulanan.

      2. Penyelidikan dan Perbandingan: Penting untuk melakukan penyelidikan dan perbandingkan ciri produk, harga dan pilihan pembiayaan dengan teliti. Untuk kereta, pertimbangkan faktor seperti kecekapan bahan api, penilaian keselamatan, kos penyelenggaraan dan nilai jualan semula. Bandingkan model dan jenama yang berbeza untuk mencari model yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Gunakan sumber dalam talian dan baca ulasan pelanggan untuk mengumpulkan maklumat yang komprehensif. Untuk peralatan rumah, seperti peti sejuk, mesin basuh dan penghawa dingin, antara faktor yang perlu difikirkan ialah kecekapan tenaga, ketahanan dan syarat jaminan. Bandingkan harga dari beberapa kedai dan nantikan promosi atau diskaun.

      3. Kos Tambahan Dan Renovasi: Selain itu, anda juga perlu mempertimbangkan kos tambahan lain selain daripada harga belian. Contohnya, untuk rumah, kos tambahan termasuk yuran guaman, duti setem, yuran penilaian dan caj pentadbiran lain. Yuran guaman biasanya meliputi perkhidmatan peguam yang akan mengendalikan perjanjian jual beli, perjanjian pinjaman dan pemindahan hak milik. Duti setem ialah cukai yang dikenakan ke atas perjanjian pembelian dan pinjaman hartanah, dan jumlahnya berbeza- beza berdasarkan harga hartanah. Selain itu, jangan lupa untuk membuat belanjawan untuk pengubahsuaian rumah dan perabot. Walaupun kos ini menambah beban kewangan, tetapi dengan pembiayaan dan belanjawan yang betul anda tidak perlu risau dengannya.

      4. Pertimbangkan Alternatif Pembiayaan: Apabila melakukan pembelian, nilaikan kadar faedah dan syarat pembayaran balik antara pelbagai pilihan pembiayaan yang ditawarkan. Untuk pinjaman kereta dan rumah, bandingkan kadar faedah yang ditawarkan oleh bank dan institusi kewangan yang berbeza. Pertimbangkan tempoh pinjaman dan amaun bayaran balik bulanan untuk memastikan ia menepati bajet anda. Sesetengah pengedar kereta menawarkan pakej pembiayaan yang menarik. Untuk perkakas rumah, pertimbangkan untuk menggunakan kad kredit dengan pelan ansuran tanpa faedah promosi. Banyak peruncit di Malaysia menawarkan pelan ansuran faedah 0% sehingga 12 bulan. Namun, pastikan anda boleh menguruskan pembayaran balik bulanan dengan selesa untuk mengelakkan hutang terkumpul.

  4. Penjagaan Kesihatan dan Orang Tua

    1. Menguruskan perbelanjaan penjagaan kesihatan untuk masa depan adalah penting untuk mengekalkan kestabilan kewangan semasa kecemasan seperti anda ditimpa penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.

      1. Insurans Kesihatan: Membeli perlindungan insurans kesihatan yang komprehensif adalah penting untuk melindungi diri anda daripada kos perubatan yang tinggi. Di Malaysia, insurans kesihatan boleh menampung pelbagai perbelanjaan perubatan, termasuk kemasukan ke hospital, pembedahan, perundingan pakar dan preskripsi ubat. Apabila memilih polisi insurans kesihatan, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti had perlindungan, jumlah pembayaran bersama dan jenis rawatan yang disertakan.

      2. Dana Kecemasan: Menyediakan dana kecemasan khusus untuk perbelanjaan penjagaan kesihatan bagi memastikan anda boleh mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan tanpa tekanan kewangan.

      3. Pilihan Hospital Kerajaan Berbanding Swasta: Hospital kerajaan di Malaysia menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dengan kos yang lebih rendah berbanding hospital swasta. Walaupun hospital swasta menawarkan masa menunggu yang lebih singkat dan rawatan yang lebih khusus, kos perubatan biasanya lebih tinggi. Pilihlah mengikut keperluan dan kemampuan kewangan anda.


Perancangan dari segala aspek terutamanya kewangan adalah penting untuk kehidupan anda.

Ini meliputi perbelanjaan sekarang sehinggalah ke hari tua anda.


Dengan merancang strategi seperti penjimatan awal, penyelidikan menyeluruh, membuat

belanjawan serta pelaburan, anda boleh membina asas kewangan yang kukuh yang dapat

membantu masa depan anda.


Perancangan yang betul dapat mengurangkan tekanan kewangan dan memastikan kestabilan

hidup anda pada masa hadapan, membolehkan anda yakin dengan perbelanjaan anda.


Kini RCE Marketing Sdn Bhd (RCE) menawarkan pembiayaan peribadi yang patuh Syariah!


RCE merupakan pemberi dana utama Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (“YYP”)

dan Yayasan Ihsan Rakyat (“YIR”) dengan menawarkan pembiayaan patuh Syariah khusus buat

pekerja berstatus tetap (atau kontrak KEMAS) kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi

kerajaan/badan berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon hanya

RM1,500 sebulan (termasuk elaun). Selain proses yang mudah dan cepat, RCE mempunyai ciri-

ciri berikut:


  • Jumlah pembiayaan: RM3,000 – RM300,000

  • Tempoh pembiayaan: 1 - 10 tahun

  • Kadar keuntungan Tetap: serendah 6.65% setahun

  • Konsep Syariah yang diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)

  • Proses sepantas 24 jam

  • Tiada bayaran pendahuluan


Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang diperlukan juga

adalah mudah iaitu:


  • Salinan kad pengenalan

  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini

  • Surat pengesahan jawatan

  • Salinan penyata/buku akaun simpanan


Dapatkan pembiayaan peribadi yang mudah dan cepat untuk penjawat awam di sini!


As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat

permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi

kewangan seperti bank, koperasi, dan Syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang

diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad

(ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).


Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan

butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-

produk yang anda layak memohon.


Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.


Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatic dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran. Mohon segera disini!

45 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page