top of page
Muhammad Faridz

Pembiayaan SME: Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan


Pembiayaan SME

Sama ada anda ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan, ia biasanya memerlukan kos awal yang tinggi. Sekiranya anda mahu mengambil pembiayaan perniagaan bagi menampung kos tersebut, berikut adalah apa yang anda perlu pertimbangkan.


Kita sering dengar mengenai SME (Small and Medium Enterprises) ataupun dalam Bahasa Melayunya, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sesebuah perniagaan dianggap sebagai PKS jika ia memenuhi salah satu daripada dua kriteria kelayakan iaitu jualan tahunan atau bilangan pekerja sepenuh masa seperti berikut:


Pembiayaan SME

Perniagaan juga memerlukan pembiayaan


Sama ada memulakan ataupun mengembangkan perniagaan, situasi yang dianggap ideal adalah di mana segala dana atau modal diperolehi melalui wang simpanan sendiri. Situasi yang dikenali sebagai ‘self-financing’ ini dilihat sangat bersesuaian buat mereka yang berada di dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerana mereka bermula dengan hutang yang sedikit.


Maka, untuk mendapatkan wang dana untuk perniagaan anda, anda boleh memilih kaedah berikut:

  1. Dana daripada skim kerajaan -- Pada tahun 2016, PKS menyumbang kepada 36.6% daripada keluaran domestik kasar (GDP) Malaysia. Menyedari kepentingan sektor ini, pihak kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai jenis skim perniagaan khusus untuk perniagaan start-up dan PKS.

  2. Mencari pelabur -- Terdapat dua jenis pelabur utama yang boleh membantu perniagaan anda iaitu ‘angel investor’ dan ‘venture capitalist’. Yang pertama (angel investor) terlibat secara langsung dalam perniagaan anda. Venture capitalist pula bekerja untuk syarikat modal usaha niaga, di mana mereka melaburkan wang ke dalam perniagaan.

  3. Dapatkan pembiayaan SME / perniagaan -- Terdapat banyak bank dan institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan ini.

Apa yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil pembiayaan SME


Sebelum anda mengambil langkah untuk mengambil pembiayaan SME / perniagaan, anda perlu pertimbangankan perkara-perkara berikut:


Mengapa anda perlukan pembiayaan?


Di antara faktor-faktor yang memerlukan anda mengambil pembiayaan termasuklah:

  • Keperluan tenaga kerja -- Ini mungkin merupakan faktor terpenting yang menentukan kejayaan sesebuah perniagaan! Malahan, kenyataan ini turut didukung oleh para CEO syarikat-syarikat terkemuka dunia! Lantaran itu, memperuntukan wang yang banyak ke arah ini adalah perkiraan yang patut diambil oleh semua peniaga.

  • Pembelajaran -- Kemahiran dari semua sudut perniagaan (pengurusan, pemasaran, lokasi, inovasi, dan lain-lain) adalah penting bagi mencapai kejayaan. Anda atau pekerja mungkin perlu menghadiri kursus yang berkaitan bagi memastikan anda tidak ketinggalan berbanding pesaing anda.

  • Pembelian aset -- Juga penting dalam pelan perniagaan jangka panjang.

  • Peningkatan teknologi -- Memandangkan kita sudah berada dalam Revolusi Industri 4.0, teknologi yang terkini juga adalah penting bagi sesebuah perniagaan.

  • Keperluan pemasaran -- Perniagaan yang baru memerlukan strategi pemasaran yang berkesan untuk mencuri tumpuan pelanggan. Malahan, pemasaran terkini adalah tertumpu kepada kaedah digital.

Berapa banyak anda mampu buat pembayaran bulanan?


Semakin besar jumlah pembiayaan dan semakin pendek tempoh pembayaran, maka semakin tinggi pembayaran balik bulanan yang perlu dibuat. Adakah pendapatan perniagaan anda mampu menanggung kos bayaran tersebut? Pastikan anda mendapat pulangan yang memberikan keuntungan jangka panjang.


Bolehkah anda menyediakan penjamin atau cagaran?


Kebiasaannya, pihak bank akan memberikan terma-terma yang lebih menarik sekiranya anda mampu menyediakan penjamin atau cagaran.


Sekiranya anda ingin memohon atau mengetahui lebih lanjut mengenai pembiayaan patuh-syariah SME ini, layari laman kami di sini.


32 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

留言


bottom of page