Pengubahsuaian rumah adalah sesuatu yang hampir semua orang inginkan. Namun ianya memerlukan kos yang tinggi. Ketahui 4 kaedah pembiayaan yang boleh anda ambil!
Kita sering dengar ungkapan “rumahku, syurgaku”.Ini adalah kerana kediaman merupakan elemen terpenting di dalam kehidupan anda dan keluarga anda. Sesebuah rumah hanya boleh dikatakan milik anda dalam erti kata yang sebenar sekiranya ia mempunyai ciri-ciri dan sentuhan yang menggambarkan peribadi anda.
Melainkan anda membina sendiri kediaman anda, rumah yang dibeli adalah direka mengikut spesifikasi yang umum. Mungkin juga anda telah tinggal lama di rumah tersebut dan mahukan suasana baru yang lebih segar. Lantaran itu, bagi merealisasikan sebuah keadaan tempat tinggal yang secocok dengan jiwa anda, pengubahsuaian rumah (home renovation) seringkali diperlukan. Namun, ini kebiasaannya memerlukan kos yang tinggi.
Di antara penyelesaian yang boleh anda ambil adalah dengan memohon pembiayaan bagi menampus kos pengubahsuaian rumah tersebut. Berikut adalah 4 kaedah pembiayaan yang boleh anda ambil!
Pinjaman pengubahsuaian rumah
Ya, memang terdapat pinjaman yang ditawarkan pihak bank khusus bagi tujuan pengubahsuaian rumah. Tidak seperti pinjaman perumahan biasa, pinjaman pengubahsuaian rumah kebiasaannya hanya menawarkan kadar faedah tetap.
Tidak seperti faedah terapung, kadar faedah yang perlu anda bayar di sini adalah sama sepanjang tempoh pembiayaan. Selain itu, pinjaman ini kebiasaannya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang sudah mempunyai pinjaman perumahan dengan bank tersebut.
Pembiayaan semula (refinance) pinjaman perumahan
Konsep pembiayaan semula pinjaman ataupun refinancing adalah sesuatu konsep yang semakin meningkat popularitinya. Secara umumnya, ia adalah proses di mana anda mengantikan pinjaman yang sedia ada dengan pinjaman baru.
Pembiayaan yang baharu ini mempunyai terma yang lebih menguntungkan. Dengan cara ini, anda boleh memanipulasi terma dan syarat pinjaman tersebut supaya anda akan mendapat manfaat dari pinjaman yang baharu tersebut.
Anda kemudiannya boleh mengeluarkan keuntungan daripada peningkatan nilai rumah tersebut dan gunakan untuk pengubahsuaian rumah. Anda juga boleh memendekkan tempoh pinjaman sekiranya anda mahu, supaya anda boleh menghabiskan pembayaran pinjaman lebih awal.
Pelan ansuran pengubahsuaian/pembayaran mudah
Adakalanya kos pengubahsuaian rumah anda tidak terlalu besar (contohnya, di bawah RM10,000), maka anda tidak berminat untuk membuat pinjaman daripada bank. Namun, sekiranya bil pengubahsuaian tersebut dapat dilakukan secara ansuran mudah, ia dapat mengurangkan beban kewangan anda, bukan?
Sekiranya anda memilih untuk mendapatkan kontraktor melalui platform seperti Kaodim, anda boleh membuat pembayaran melalui tiga pilihan kemudahan pembayaran yang fleksibel. Pembayaran boleh dibuat mengikut fasa penyiapan yang berbeza, atau bahagikan pembayaran kepada ansuran 6 hingga 12 bulan dengan faedah 0%.
IKEA pula menawarkan Pelan Pembayaran Ansuran (IPP) faedah 0% jika anda membenarkan mereka mereka bentuk dapur kering dan basah anda. Anda boleh memilih kontraktor yang berbeza untuk melakukan setiap jenis kerja untuk rumah anda dan membuat pembayaran secara ansuran melalui pelan ini.
Floor Depot juga menawarkan pelan ansuran 0% jika anda membeli bahan lantai daripada mereka. Pelbagai vendor lain juga menawarkan pelan pembayaran mudah dengan ikatan dengan kad kredit. Anda perlu menyemak dengan vendor tersebut terlebih dahulu.
Pembiayaan peribadi
Pembiayaan peribadi boleh dikatakan adalah di antara pinjaman kewangan yang paling banyak ditawarkan di Malaysia. Lantaran itu, saingan yang tinggi wujud diantara institusi kewangan bagi memikat hati bakal pelanggan. Mereka menawarkan pelbagai terma dan syarat yang berbeza. Persoalannya, bagaimana anda mahu memilih pembiayaan peribadi yang paling menguntungkan anda?
Biar kami padankan anda dengan pembiayaan peribadi yang sesuai dengan anda!
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!
Comments