top of page
Muhammad Faridz

Cara Menyelesaikan Pembiayaan Lebih Awal Dan Kelebihannya



Mungkin ramai yang ingin menyelesaikan pembiayaan lebih awal tetapi tidak tahu caranya. Ketahui lanjut di dalam artikel berikut!


“Selesaikan pembiayaan peribadi awal? Lebih baik tak ambil langsung!” Ya, ada yang berpendapat ia adalah sesuatu yang buruk dan perlu dielakkan kerana ia merupakan hutang. Namun, tahukah anda bahawa terdapat dua jenis hutang iaitu hutang baik dan hutang buruk.


Hutang yang baik adalah seperti pembiayaan rumah, pembiayaan kereta atau pembiayaan pendidikan. Hutang-hutang ini membantu kita memiliki aset yang bernilai tinggi dan meningkatkan kualiti kehidupan kita.


Sebaliknya, hutang yang buruk adalah seperti kad kredit atau pembi tanpa cagaran yang digunakan untuk membeli barangan mewah atau membiayai gaya hidup yang boros. Bak kata pepatah, “biar papa asal bergaya”.


Pembiayaan peribadi boleh dikategorikan sebagai kedua-dua hutang yang baik atau buruk. Ia bergantung pada tujuan ia digunakan.


Apabila ia digunakan untuk tujuan yang produktif dan bermanfaat, seperti membiayai perniagaan, pendidikan, pembiayaan semula, membayar bil perubatan atau memenuhi keperluan harian ia boleh dianggap sebagai hutang yang baik. Walau bagaimanapun, ia perlu diuruskan dengan bijak dan berdisiplin.


Salah satu cara untuk menguruskan pembiayaan peribadi dengan lebih baik adalah dengan melangsaikannya lebih awal. Jadi, bagaimana anda boleh melunaskan pembiayaan peribadi anda lebih awal? Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda pertimbangkan:


Bayaran Tambahan Kecil Dan Bayaran Sekali Gus (Lump Sum) Terhadap Pinjaman Pokok


Dengan membuat bayaran tambahan kecil setiap bulan atau tahun, ia akan mempercepatkan proses pelunasan pembiayaan anda. Walaupun dengan jumlah yang kecil, lama-kelamaan ia akan dapat mengurangkan baki pinjaman anda secara signifikan.


Sekiranya anda mempunyai wang simpanan lebih, anda boleh membuat bayaran sekali gus terhadap baki pinjaman pokok anda. Ini akan mengurangkan tempoh pembiayaan dan jumlah faedah yang perlu dibayar.


Walau bagaimanapun, bayaran tambahan yang kecil dan juga bayaran sekali gus (lump sum) bergantung kepada perjanjian dengan pihak pemberi pembiayaan.


Pembiayaan Semula/Penggabungan Hutang


Anda juga boleh mempertimbangkan untuk membuat pembiayaan semula (refinancing) melalui institusi kewangan yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah. Atau, anda boleh menggabungkan beberapa hutang yang anda miliki menjadi satu pembayaran bulanan yang lebih rendah. Ini akan memudahkan anda untuk membuat bayaran setiap bulan dan seterusnya meyelesaikan pembiayaan anda tersebut.


Gunakan Pembiayaan Patuh Syariah Untuk Pembiayaan Semula


Apabila anda memilih untuk membuat pembiayaan semula, anda akan mendapat keuntungan berganda sekiranya memilih pembiayaan patuh Syariah. Ini kerana pembiayaan patuh Syariah mempunyai beberapa kelebihan berbanding pinjaman konvensional seperti:


  • Tiada penalti untuk penyelesaian awal

  • Tidak menggunakan konsep faedah kompaun untuk pembayaran yang lewat


Selain itu, berikut adalah beberapa faedah yang boleh anda nikmati dengan membuat penyelesaian hutang dengan lebih awal:


  • Kurangkan Bayaran Faedah

    • Dengan melunaskan pembiayaan secara lebih awal, anda dapat menjimatkan lebih banyak wang yang sepatutnya dibayar sebagai faedah kepada institusi kewangan. Hal ini kerana jumlah faedah yang perlu dibayar akan berkurangan selaras dengan tempoh pembiayaan yang lebih pendek.

  • Kurangkan Jumlah Hutang Sedia Ada

    • Apabila anda berjaya melunaskan pembiayaan lebih awal, ia secara automatik akan mengurangkan jumlah hutang sedia ada yang anda tanggung. Ini akan memberikan anda peluang yang lebih baik untuk mengatur kewangan dan fokus pada matlamat kewangan yang lain.

  • Tingkatkan Skor Kredit

    • Rekod pembayaran yang baik dan pengurangan jumlah hutang sedia ada akan membantu meningkatkan skor kredit anda. Ini akan menjadikan anda calon yang lebih utama bagi institusi kewangan sekiranya anda ingin memohon pembiayaan pada masa hadapan.

Dengan mengambil langkah-langkah ini, anda boleh menikmati kesemua manfaat yang dinyatakan di atas dan seterusnya mencapai kebebasan kewangan yang anda inginkan.


Kini RCE Marketing Sdn Bhd (RCE) menawarkan pembiayaan peribadi yang patuh Syariah!


RCE merupakan pemberi dana utama Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (“YYP”) dan Yayasan Ihsan Rakyat (“YIR”) dengan menawarkan pembiayaan patuh Syariah khusus buat pekerja berstatus tetap (atau kontrak KEMAS) kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajaan/badan berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon hanya RM1,500 sebulan (termasuk elaun). Selain proses yang mudah dan cepat, RCE mempunyai ciri-ciri berikut:


  • Jumlah pembiayaan: RM3,000 – RM300,000

  • Tempoh pembiayaan: 1 - 10 tahun

  • Kadar keuntungan Tetap: serendah 6.65% setahun

  • Konsep Syariah yang diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)

  • Proses sepantas 24 jam

  • Tiada bayaran pendahuluan


Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang

diperlukan juga adalah mudah iaitu:


  • Salinan kad pengenalan

  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini

  • Surat pengesahan jawatan

  • Salinan penyata/buku akaun simpanan


Dapatkan pembiayaan peribadi yang mudah dan cepat untuk penjawat awam di sini!


As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan Syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk- produk yang anda layak memohon.


Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.


Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatic dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran. Mohon segera disini!

617 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page