top of page

Cara Bijak Merancang Persaraan Anda Dari Sekarang


Cara Bijak Merancang Persaraan Anda Dari Sekarang

Ingin merancang persaraan yang tenang dan selesa, tetapi tidak tahu bagaimana memulakannya? Di sini, kami kongsikan rahsia merancang persaraan dengan bijiak dan berkesan!


Awal tahun ini, Berita Harian telah menerbitkan satu laporan akhbar yang membimbangkan mengenai persediaan rakyat Malaysia untuk menghadapi alam persaraan. 


Menurut laporan tersebut, penyebab utama mengapa ramai pekerja di Malaysia belum bersedia untuk bersara adalah pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bertambah akibat kesulitan disebabkan oleh COVID-19, tingginya paras hutang, dan jangkaan hayat yang semakin panjang. Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberikan amaran bahawa rata-rata rakyat Malaysia berisiko kehabisan simpanan persaraan 19 tahun sebelum kematian mereka.


Selain itu, kira-kira 40% pekerja di Malaysia tidak diliputi oleh simpanan mandatori (menerusi caruman KWSP) dan angka itu mungkin bertambah kerana semakin ramai individu yang bekerja sendiri atau terbabit dalam ekonomi gig.


Lantaran itu, artikel ini memperincikan beberapa kaedah yang boleh anda ikuti untuk merancang persaraan anda dari sekarang.


  • Kaji semula keperluan kewangan

    • Anda juga perlu mengira kos dan keperluan anda semasa persaraan, sambil mengambil kira inflasi yang mungkin berlaku. Contoh pengiraan yang teliti akan membantu anda mengenal pasti jumlah wang yang diperlukan untuk menikmati persaraan yang selesa.

  • Kurangkan hutang

    • Menjaga hutang semasa merancang persaraan adalah penting. Teknik penyatuan hutang boleh membantu anda menguruskan hutang dengan lebih berkesan dan membuka peluang untuk menyimpan lebih banyak wang bagi persaraan.

    • Mengikut kaedah ini, anda boleh menyatukan semua hutang ke dalam satu pinjaman yang baru. Pendekatan ini memudahkan anda dengan menyatukan semua hutang kepada satu sahaja. Anda dapat memberi tumpuan kepada satu bil sahaja. Ia juga dapat menyelesaikan masalah faedah yang berganda dan berbeza-beza.

  • Mulakan pelaburan awal 

    • Merancang persaraan yang berkesan juga melibatkan pelaburan awal. Lebih awal anda mulakan pelaburan, lebih banyak hasil yang boleh dituai pada waktu persaraan nanti. 

    • Pelaburan jenis tertentu lebih sesuai bergantung kepada usia anda. Pada lingkungan usia 20an, ramai yang masih bujang dan mempunyai komitmen yang rendah. Anda boleh membuat pelaburan yang mempunyai pulangan yang tinggi. Strategi pelaburan yang boleh digunakan adalah 70% untuk pelaburan ekuiti/unit amanah/dana bersama dan 30% untuk deposit tetap/anuiti insurans/bon.

    • Pada lingkungan usia 30-an, ramai yang sudah berkahwin dan baharu sahaja membina keluarga. Anda perlu memilih pelaburan dengan risiko dan pulangan yang sederhana. Strategi pelaburan yang boleh digunakan adalah 52% untuk pelaburan ekuiti/unit amanah/dana bersama dan 48% untuk deposit tetap/anuiti insurans.

    • Pada lingkungan usia 40-an, anda boleh membuat pelaburan yang mempunyai pulangan tinggi. Strategi pelaburan adalah 61% untuk pelaburan ekuiti/unit amanah/dana bersama dan 39% untuk deposit tetap/anuiti insurans.

  • Tetapkan sasaran dan rancang tabung persaraan

    • Penting untuk memulakan perancangan persaraan anda dengan matlamat yang jelas. Tetapkan umur persaraan yang diinginkan, jumlah perbelanjaan yang diperlukan setiap bulan semasa persaraan, dan impian-impian persaraan anda. Apabila anda mempunyai matlamat persaraan yang jelas, anda dapat merancang secara lebih berkesan. 

    • Untuk kehidupan persaraan, merancang akaun persaraan peribadi juga penting. Selain dari KWSP, anda boleh mempertimbangkan skim simpanan sukarela seperti Private Retirement Schemes (PRS) untuk meningkatkan tabungan persaraan anda dengan potongan cukai yang berpotensi memberi manfaat kepada anda pada masa hadapan.

  • Pantau dan perbaharui pelan persaraan

    • Rancangan persaraan perlu dipantau dan dikemaskini secara berkala. Situasi kewangan dan matlamat persaraan anda mungkin berubah dari semasa ke semasa, oleh itu, anda perlu sentiasa mengemas kini rancangan persaraan anda agar ia tetap relevan dan sesuai dengan keadaan semasa anda.

    • Dengan langkah-langkah bijak ini, anda akan dapat merancang persaraan anda dengan lebih efektif dan dengan harapan menikmati persaraan yang tenang dan sejahtera pada masa hadapan. Selamat merancang!  

Kini Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) adalah pembiayaan yang tulus!


Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) adalah sebuah pembiayaan patuh Syariah khusus buat pekerja berstatus tetap (atau kontrak KEMAS) kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajaan/badan berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon hanya RM1,500 sebulan (termasuk elaun). Selain proses yang mudah dan cepat, Pembiayaan Peribadi-i YYP mempunyai ciri-ciri berikut:


  • Jumlah pembiayaan: RM3,000 – RM300,000

  • Tempoh pembiayaan: 1 - 10 tahun

  • Kadar keuntungan Tetap: serendah 6.65% setahun

  • Konsep Syariah yang diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)

  • Proses sepantas 24 jam

  • Tiada bayaran pendahuluan

Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang diperlukan juga adalah mudah iaitu:

  • Salinan kad pengenalan

  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini

  • Surat pengesahan jawatan

  • Salinan penyata/buku akaun simpanan

Dapatkan pembiayaan peribadi yang mudah dan cepat untuk penjawat awam di sini!


As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan Syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).


Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk- produk yang anda layak memohon. 


Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon. 


Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatic dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran. Mohon segera disini! 

 

510 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page