Apa beza di antara pembiayaan peribadi yang biasa dengan pembiayaan peribadi kerajaan? Antara perbezaan utamanya ialah pembiayaan peribadi kerajaan selalunya khusus buat para penjawat awam, dengan kadar keuntungan yang lebih kurang berbanding pembiayaan biasa.Â
Syarat kelulusannya juga sedikit ketat. Sekiranya permohonan yang anda buat di bank atau koperasi ditolak, mungkin terdapat beberapa perkara yang perlu anda perbaiki dan atasi terlebih dahulu sebelum membuat permohonan semula.
Anda dinasihatkan untuk mengenal pasti punca permohonan anda ditolak agar urusan permohonan anda yang seterusnya lebih berkesan dan meningkatkan peluang permohonan anda untuk diluluskan.
Berikut ialah lapan sebab utama permohonan pembiayaan peribadi kerajaan anda ditolak (dan apa tindakan selanjutnya yang anda boleh buat):
Anda telah disenarai hitamkan oleh CTOS/CCRIS
Biasanya pihak CTOS atau CCRIS tidak akan sewenang-wenangnya menyenarai hitamkan seseorang tanpa sebab yang kukuh. Namun jika anda telah disenarai hitamkan dalam laporan CTOS atau CCRIS, mungkin anda mempunyai tunggakan hutang yang melampau dan belum diselesaikan.
Gaji anda kurang daripada kriteria yang ditetapkan
Pendapatan bulanan anda tidak memenuhi kriteria pendapatan minimum untuk pembiayaan yang dimohon.
Nisbah hutang yang lebih tinggi
Nisbah hutang kepada pendapatan anda didapati lebih tinggi, maka pihak peminjam tidak yakin dengan kemampuan anda dalam membuat pembayaran semula secara konsisten.
Tempoh bekerja kurang daripada 6 bulan
Biasanya tiga atau enam bulan yang pertama merupakan tempoh percubaan seseorang yang baru masuk bekerja di sesebuah syarikat di Malaysia. Jika anda telah bekerja di syarikat yang sama lebih daripada tempoh percubaan, ia bermakna anda berjaya meraih pekerjaan dan pendapatan yang tetap.
Jadi jika tempoh bekerja anda kurang daripada enam bulan, ia tidak begitu meyakinkan pihak bank atau koperasi yang menawarkan pembiayaan. Sekiranya anda tidak diambil bekerja secara tetap, pastinya anda akan mempunyai masalah dalam membayar semula pembiayaan.
Rekod kredit yang tidak memuaskan
Rekod kredit amat diperlukan untuk menilai sama ada anda merupakan seseorang yang bertanggungjawab atau tidak dalam hal membayar balik pembiayaan. Jika anda terlalu kerap terlepas bayar untuk pembiayaan-pembiayaan yang sebelum ini anda (lebih dari tiga kali dalam tempoh enam bulan berturut-turut), peluang permohonan anda untuk diluluskan ialah tipis.
Terlalu sering memohon pembiayaan
Cuba kenal pasti kekerapan anda dalam memohon pembiayaan. Adakah anda melakukannya setiap minggu atau bulan, secara berturut-turut? Jika permohonan anda telah ditolak, anda dinasihatkan untuk menunggu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum memohon semula.
Dokumen permohonan yang dihantar tidak lengkap
Dokumen-dokumen yang penting dan diperlukan bagi tujuan pemprosesan dan kelulusan tidak lengkap atau memuaskan, maka permohonan anda ditolak secara automatik.
Anda langsung tidak mempunyai sejarah kredit
Sejarah kredit adalah salah satu faktor terpenting yang menentukan sama ada anda layak untuk memohon pembiayaan atau tidak. Sekiranya anda langsung tidak mempunyai sejarah kredit, peluang untuk permohonan anda diluluskan adalah agak sukar, tetapi tidak mustahil.
Apa yang boleh anda lakukan jika permohonan pembiayaan anda ditolak
Jika permohonan anda ditolak, jangan berputus asa dahulu. Terdapat beberapa tindakan yang boleh anda ambil untuk mendapatkan pembiayaan yang diingini. Ia termasuklah:
Cuba mohon pembiayaan yang berbeza di bank/koperasi lain
Setiap bank atau koperasi pembiayaan menawarkan produk pembiayaan dengan kriteria yang berbeza untuk menentukan kekukuhan kredit dan tahap risiko anda. Jadi, jika permohonan anda telah ditolak oleh sesebuah bank/koperasi, tidak semestinya bank/koperasi yang lain juga akan menolak permohonan anda.
Berusaha untuk meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu
Cuba dapatkan laporan kredit peribadi anda dari CCRIS atau CTOS dan baca dengan teliti untuk mengenal pasti faktor yang mungkin ‘merosakkan’ skor kredit anda. Setelah itu, cuba perbaiki semula masalah-masalah yang menyekat kelulusan anda.
Sebagai contoh, hapuskan hutang yang belum diselesaikan dahulu, termasuk hutang dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad dan Syabas. Anda juga boleh menyatukan semua hutang lama di bawah satu hutang baharu demi kemudahan.
Selain itu, cuba kekalkan nisbah hutang kad kredit yang rendah dan pastikan anda membayar bil anda tepat pada masanya.
Selepas anda melakukan semua ini, beri sedikit masa untuk melihat kesan dalam laporan CTOS atau CCRIS. Ini kerana pangkalan data CCRIS akan memaparkan semua tunggakan akaun untuk tempoh 12 bulan. Ini bermakna setelah rekod tersebut dibersihkan, rekod itu masih akan mencerminkan pembayaran lewat selama sekurang-kurangnya satu tahun.
Dapatkan pertolongan dari AKPK
Sekiranya anda buntu dan menghadapi masalah berkaitan kewangan, anda boleh dapatkan khidmat nasihat kewangan atau sertai Program Pengurusan Kredit dari AKPK secara percuma.
Bagi khidmat nasihat kewangan, AKPK akan memberi khidmat nasihat dan panduan kepada anda tentang pengurusan kewangan bijak dari segi bajet, pengurusan wang, dan penggunaan kredit.
Untuk Program Pengurusan Kredit pula, Penasihat Kewangan AKPK akan bekerjasama dengan anda untuk menghasilkan suatu pelan pembayaran hutang khas bagi menangani masalah kewangan anda melalui rundingan dengan institusi kewangan yang berkaitan.
Dapatkan pembiayaan peribadi yang mudah dan cepat untuk penjawat awam di sini!
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk- produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran. Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Kredit Komuniti Juara adalah sebuah pembiayaan patuh Syariah khusus buat penjawat awam. Pendapatan minima untuk memohon hanya RM2,000 sebulan (termasuk elaun). Selain proses yang mudah dan cepat, Pembiayaan Peribadi-I Kredit Komuniti Juara adalah patuh syariah dan anda tidak perlu ragu-ragu untuk memohon pembiayaan ini:
Mohon segera disini!
Comments