KOPUTRI
PEMBIAYAAN TAWARRUQ

Ciri-ciri Produk

  • Jumlah Pembiayaan: sehingga RM100,000
  • Tempoh Pembiayaan: 1- 10 tahun
  • Kadar Keuntungan (Kadar Tetap): 5.9% setahun
  • Perlindungan Takaful: Ada, 4% daripada jumlah pembiayaan
  • Penjamin: Tiada
  • Cagaran: Tiada
  • Deposit: Tiada
  • Yuran Pendaftaran: RM10
  • Yuran Pemprosesan: RM100
  • Ansuran Awal: 3 bulan
  • Duti Setem: 0.5% daripada jumlah pembiayaan
  • Saham Koperasi (dikembalikan): RM100 
  • Sumbangan Amal: RM50 
  • Bayaran Pendahuluan Keahlian (sebahagiannya dikembalikan): RM180 (6 bulan x RM30) 
  • Tabung Bulanan Anggota: RM30
  • Kaedah Pembayaran: Potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)

PERINGATAN: Pilihan produk kewangan berdasarkan kelayakan dan profil yang anda isi semasa proses pemadanan. Tawaran kewangan dan kadar keuntungan pembiayaan peribadi mungkin akan bergantung kepada taraf risiko individu atau kriteria lain (yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan). As-Sidq TIDAK mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan di laman ini.

Kelayakan

  • Warganegara: Malaysia sahaja
  • Syarat Umur: 21 - 54 tahun
  • Pendapatan Bulanan Minima: RM1,800 gaji kasar sebulan (termasuk elaun)
  • Pekerjaan: Kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun Polis Diraja Malaysia, dengan jawatan tetap dan telah berkhidmat selama minima 8 bulan
  • Potongan tidak melebihi 60%
  • Komitmen luar tinggi, CCRIS/CTOS juga layak memohon

Dokumen Yang Perlu Disediakan

  • Salinan Kad Pengenalan (3 salinan disahkan oleh majikan) 
  • 1 bulan penyata gaji asal yang terkini dan 3 salinan untuk setiap bulan terkini (disahkan oleh majikan)
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini (3 salinan untuk setiap bulan disahkan) 
  • Bil Utiliti (cth : bil air, elektrik, Astro disahkan)
  • 1 salinan buku simpanan CIMB
  • Penyata penyelesaian awal (jika berkaitan)

KOPUTRI - Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan nama KOPUTRI telah didaftarkan pada 09 Mac 2006 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad. Pada awal penubuhannya, koperasi ini didaftarkan dengan keanggotaan seramai 100 orang dan sehingga Disember 2018 seramai 17,605 anggota berdaftar.

Sebagai syarat menjadi ahli koperasi ini, setiap anggota yang memohon untuk menjadi ahli koperasi ini diwajibkan mencarum yuran dan tabungan setiap bulan secara tetap dan boleh caruman boleh dibuat ansuran melalui potongan perkhidmatan Biro Angkasa (BPA). Untuk permulaan, pihak koperasi mengutip caruman bulanan tersebut sebagai cara memperoleh pendapatan.

Untuk makluman, antara tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan kredit kepada anggota dengan pelbagai tujuan, menyediakan perkhidmatan tadika dan taska, menjalankan aktiviti pusat tuisyen dan kelas bimbingan. Selain dari itu, tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan aktiviti membeli, menjual ,memindahkan hak milik, menyewa, mencagar dan memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan tak alih. Koperasi juga menyertai usahasama dan menjadi anggota dengan koperasi-koperasi lain untuk tujuan meningkatkan daya saing, pendapatan serta bertukar-tukar ilmu berkoperasi.