KOBETA
PEMBIAYAAN PERIBADI SPEED-i

Ciri-ciri Produk

  • Jumlah Pembiayaan: RM2,000 - RM250,000
  • Tempoh Pembiayaan: 10 tahun sahaja
  • Kadar Keuntungan (Kadar Tetap): 5.99% setahun
  • Perlindungan Takaful: Ada, 8% daripada jumlah pembiayaan
  • Penjamin: Tiada
  • Cagaran: Tiada
  • Deposit: Tiada
  • Yuran Pendaftaran: RM10
  • Yuran Pemprosesan: RM100
  • Ansuran Awal: 3 bulan
  • Duti Setem: 0.5% daripada jumlah pembiayaan
  • Bayaran Penyelesaian Awal: Tiada (akan diberikan rebat (Ibra’))
  • Saham Koperasi (dikembalikan): RM500 
  • Sumbangan Amal: RM50 
  • Bayaran Pendahuluan Keahlian (sebahagiannya dikembalikan): RM540 (18 bulan x RM30) 
  • Tabung Bulanan Anggota: Tiada
  • Kaedah Pembayaran: Potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)

PERINGATAN: Pilihan produk kewangan berdasarkan kelayakan dan profil yang anda isi semasa proses pemadanan. Tawaran kewangan dan kadar keuntungan pembiayaan peribadi mungkin akan bergantung kepada taraf risiko individu atau kriteria lain (yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan). As-Sidq TIDAK mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan di laman ini.

Kelayakan

  • Warganegara: Malaysia sahaja
  • Syarat Umur: 21 - 59 tahun
  • Pendapatan Bulanan Minima: RM1,500 gaji kasar sebulan (termasuk elaun)
  • Pekerjaan: Kakitangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan badan berkanun sahaja, dengan jawatan tetap dan telah berkhidmat selama minima 6 bulan (kecuali Anggota Tentera)
  • Potongan tidak melebihi 50% dan 60%
  • Tiada rekod saman CTOS

Dokumen Yang Perlu Disediakan

  • Salinan Kad Pengenalan (3 salinan disahkan) 
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini (3 salinan untuk setiap bulan disahkan) 
  • Surat pengesahan jawatan dari majikan “Letterhead”
  • Bil Utiliti (cth : bil air, elektrik, Astro disahkan)
  • Penyata penyelesaian (jika overlap mana-mana Bank / Koperasi)

KOBETA - Koperasi Bersatu Tenaga Melaka Berhad

KOBETA yang telah didaftarkan penubuhannya pada 22 Julai 1993 terlebih dahulu dikenali sebagai KOPERASI BERSATU TENAGA MELAKA BERHAD yang diuruskan oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan nelayan.

Pada peringkat awalnya, KOBETA telah beroperasi di Melaka dan sehingga hari ini ibu pejabat KOBETA terletak di Melaka manakala pejabat urusan beroperasi di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Pada 28 Jun 2003, KOBETA telah melakukan penyusunan semula pengurusannya dan melantik Anggota Lembaga Koperasi yang baru bagi meneruskan aktiviti koperasi dengan lebih berdaya maju. Sebagai langkah ke arah itu ia telah menukar namanya semula kepada KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD (KOBETA) bagi membolehkannya beroperasi diseluruh negara dan penggunaan nama "KOBETA" mula digunakan pada logo secara menyeluruh.

Pada tahun 2004 KOBETA telah mendapat kod Potongan Biro ANGKASA bagi membolehkannya beroperasi dengan aktiviti utama iaitu kemudahan kredit. Dengan sokongan serta nasihat daripada YDP Koperasi UKHWAH, Datuk Hj Rahim Baba, KOBETA telah memulakan aktiviti kredit dengan pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang pertama pada awal 2004. Penyusunan semula dan pindaan undang-undang kecil KOBETA turut mendapat sokongan daripada Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi yang ketika itu dipimpin oleh YB Tan Sri Kasitah Gaddam.