PERINGATAN: Pilihan produk kewangan berdasarkan kelayakan dan profil yang anda isi semasa proses pemadanan. Tawaran kewangan dan kadar keuntungan pembiayaan peribadi mungkin akan bergantung kepada taraf risiko individu atau kriteria lain (yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan). As-Sidq TIDAK mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan di laman ini.
Pemohon pendapatan tetap (sektor swasta):
Pemohon berpendapatan tidak tetap:
Pemohon yang bekerja sendiri:
Pemohon bergaji tetap (sektor am):
Bank Islam Malaysia Berhad diperbadankan pada tahun 1983 dan adalah bank pertama yang mengamalkan konsep perbankan Islam sepenuhnya di Malaysia. Ditubuhkan dengan visi utama untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang mendahulukan kemakmuran untuk semua, dan misi untuk menyediakan penyelesaian yang menghasilkan nilai – bank ini telah berkembang dengan pesat sejak penubuhannya.
Dengan 147 cawangan dan 1,100 terminal layan diri di seluruh negara, Bank Islam telah meningkatkan kualiti perbankan Islam di Malaysia. Bank Islam Malaysia Berhad mempunyai beberapa anak syarikat seperti Bank Islam Trust Company (Labuan) Ltd, BIMB Investment Management Berhad, Al-Wakalah Nominees (Tempatan) Sdn Bhd, dan Farihan Corporation Sdn Bhd.
Oleh kerana Bank Islam adalah institusi kewangan patuh Syariah, produk dan servis yang diberikan menarik minat individu dan usahawan yang ingin menggunakan sistem perbankan Islam. Bank Islam menawarkan servis perbankan peribadi dan juga perbankan korporat. Antara produk Bank Islam yang terkenal ialah Ar-Rahnu yang mengamalkan konsep patuh Syariah.
Selain itu Bank Islam menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan peribadi dalam bentuk deposit dan pelaburan, kad kredit Islamik, pembiayaan peribadi, dan pengurusan kekayaan. Untuk usahawan dan syarikat pula, produk yang ditawarkan ialah pembiayaan perniagaan, pengurusan tunai dan perkhidmatan perbendaharaan.
© 2020 Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (707168-K). Hak cipta terpelihara.
Penggunaan laman web ini merupakan penerimaan Terma & Syarat dan Dasar Privasi kami.